expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 July 2014

Coretan Kasih 9


Pengorbanan cinta suci yang lahir dari keikhlasan menjadi lambang keluhuran hati seorang insan. 
Cinta tanpa pengorbanan ibarat bahtera tanpa layar di tengah lautan, sekali ombak dan badai melanda ia tak mampu dikemudi lagi dan terus hanyut tanpa arah tujuan. 
Pengorbanan cinta yang suci amat memedihkan namun di suatu ketika pasti bertemu pengakhiran kisah cinta luka.
Usah takut berkorban dalam percintaan kerana pengorbanan cinta semusim kadangkala membawa bahagia berpanjangan tatkala melihat insan dicintai menggapai seribu impian dalam sebuah kehidupan...


'Andai hati mencintai dengan penuh keikhlasan, jangan ditangisi sebuah pengorbanan kerana itu hanyalah cerita kehidupan'



-CintaKasih PMS-

No comments:

Post a Comment